SIJIL TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN MEKANIKAL


Maklumat Am

 

Dalam kursus Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal pelajar akan diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan mekanikal. Dalam kursus ini pelajar akan diajar menggunakan alat-alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik.