SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)


Maklumat Am

 

Pelajar Kursus Teknologi Komputer (Sistem) akan menjalani kelas teori seterusnya kelas amali bagi memasang sendiri semua peralatan seperti Mother Board, Hard Disk, RAM & lain-lain menjadi sebuah komputer yang lengkap. Bukan itu sahaja, pelatih juga diajar cara instalasi perisian  seperti  Windows mahupun LINUX serta penyelenggaraan komputer, baik pulih komputer, pemasangan sistem rangkaian komputer, pembangunan laman web dan pemasangan perisian sistem untuk pelayan (server).