SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK


Maklumat Am

 

Dalam kursus Sijil Teknologi Elektrik pelajar akan diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektrik untuk dipersijilan kekompetenan ST-PW4 dan SKM Tahap 3. Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).