DIPLOMA TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM


Maklumat Am

 

Dalam kursus Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) pelajar akan mengikuti latihan teori dan praktikal untuk menghasilkan lukisan fabrikasi, mentafsir lukisan fabrikasi, memilih bahan dan peralatan dan seterusnya menghasilkan projek mengikut lukisan fabrikasi berdasarkan kod dan piawaian projek.

Pelatih akan dilatih untuk menghasilkan projek mengikut prosedur kerja fabrikasi beserta kod dan piawaian yang betul bermula daripada proses memilih bahan, mengukur bahan, menanda bahan, memotong bahan, memasang bahan, mengimpal projek dan melaksanakan pemeriksaan terhadap projek yang dihasilkan melalui ujian tanpa musnah dan ujian musnah. Pelatih juga akan diajar untuk menyediakan laporan pemeriksaan terhadap kualiti projek yang dibangunkan. Aspek keselamatan akan diamalkan oleh pelatih dan kemahiran berkomunikasi serta kerja berkumpulan juga akan diterapkan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan.