SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM


Maklumat Am

 

Dalam kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) pelajar akan mengikuti latihan teori dan praktikal untuk menghasilkan lukisan fabrikasi, mentafsir lukisan fabrikasi, memilih bahan dan peralatan dan seterusnya menghasilkan projek mengikut lukisan fabrikasi berdasarkan kod dan piawaian projek.

Pelatih akan dilatih untuk menghasilkan projek mengikut proses fabrikasi bermula daripada mengukur bahan, menanda bahan, memotong bahan dengan menggunakan proses pemotongan oksi asitelin dan prosos pemotongan plasma, memasang bahan dengan menggunakan peralatan pemasangan dan mengimpal projek mengunakan proses kimpalan SMAW, GMAW, GTAW dan FCAW. Aspek keselamatan akan diajar kepada pelatih dan kemahiran berkomunikasi serta kerja berkumpulan juga akan diterapkan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan.