SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF


Maklumat Am

 

Dalam kursus Sijil Teknologi Automotif pelajar akan diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang automotif. Dalam kursus ini pelajar akan diberi kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain.

Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.