PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET

 

Pengenalan

Bagi menyeragamkan kualiti program TVET di seluruh negara, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Penarafan Tunggal Program TVET di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET ini telah dipersetujui di Mesyuarat Majlis TVET Negara Bil. 1/2024 bertarikh 23 Januari 2024 yang lalu untuk dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua program TVET merentasi kementerian dan agensi.

Objektif pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET adalah:

  1. Mengharmonikan dan menyelaras sistem penarafan bagi mengurangkan fragmentation atau ketidakseragaman di kalangan pelbagai agensi TVET;
  2. Menilai dan mengukur tahap kualiti program TVET yang dilaksanakan melalui instrumen penilaian yang seragam;
  3. Menanda aras program TVET di pelbagai kementerian menhikut tahap penarafan bagi tujuan memberi maklum balas dan meningkatkan kualiti penyampaian latihan; dan
  4. Memastikan institusi / penyedia TVET sentiasa mengekalkan Standard TVET yang digariskan dalam Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) dan kualiti yang dikehendaki.

 

Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025 di ILP Kuantan

Penarafan 5 BINTANG dan 4 BINTANG telah dianugerahkan kepada Institut Latihan Perindustrian Kuantan berdasarkan penilaian verifikasi Jawatankuasa Induk Penarafan Tunggal Program TVET, Jabatan Pembangunan Kemahiran. 

Penarafan ini adalah sah untuk tempoh dua (2) tahun iaitu daripada 2 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026 bagi program seperti berikut:


 
 
- Pengurusan Fabrikasi Struktur  Logam  (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-4:2012]
- Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia)  [OG-011-3:2011]
- Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015]
 
 

- Pentadbiran Teknikal Senibina  [BC-050-4:2013]
- Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016]
- Operasi Penyelenggaraan Industri  [ME-010-3:2012] 
- Operasi Sistem Komputer  [IT-020-3:2013]
- Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam  [MC-024-3:2012]
- Lukisan Pelan Senibina  [BC-050-3:2013]
- Pembuatan Logam  Penekanan Dai  [MC-031-3:2015]

 

 

 

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide