Panduan Kemasukan
Kaedah Latihan Kemahiran
Hubungi Kami
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (Kursus Diploma sahaja);
- Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja
amali dan sesi pembelajaran.
- Calon bagi kategori OKU perlu menguasai 3 (Membaca, menulis dan mengira).
- Calon juga boleh mengurus diri tanpa bantuan.
- * Sila Rujuk "Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU"
Klik disini bagi melihat Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan di ILP Kuantan.
Sistem latihan bagi Kursus Sepenuh Masa di ILP Kuantan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan penambahan Kurikulum JTM serta mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut;


Soalan Lazim (FAQ)
Terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) iaitu Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) , dan 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Semua Kursus Sepenuh Masa di ILP Kuantan mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berpandukan Sistem latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan penambahan kurikulum JTM.
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (Kursus Diploma sahaja);
- Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
- Calon bagi kategori OKU perlu menguasai 3 (Membaca, menulis dan mengira).
- Calon juga boleh mengurus diri tanpa bantuan.
- * Sila Rujuk "Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU"
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).
- Antara 21 bulan hingga 27 bulan termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan),
- 1 tahun 6 bulan (18 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
*Sila rujuk maklumat di Kursus Sepenuh Masa.
Kursus-kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %). | ![]() |
Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.