Terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) iaitu Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) , dan 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP). Semua Kursus Sepenuh Masa di ILP Kuantan mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berpandukan Sistem latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan penambahan kurikulum JTM. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online). *Sila rujuk maklumat di Kursus Sepenuh Masa. Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.
Kursus-kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).