BAKAL PELAJAR

2 apply UPTVET
- Permohonan Kursus TVET yang menawarkan Kursus Pensijilan Penuh bagi Ambilan Januari dan Julai
- Permohonan Kursus UP_TVET Perdana akan dibuka pada
13 Oktober 2025
PERMOHONAN KEMASUKAN MELALUI
UP_TVET
BOOKLET KURSUS
KAMPUS KUANTAN

 

Panduan Kemasukan

 

Pengambilan ke ADTEC JTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

 

Syarat Kemasukan Am Program Diploma & Sijil Kemahiran Malaysia
 
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (Kursus Diploma sahaja);
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja
     amali dan sesi pembelajaran.

Klik disini bagi melihat Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Kuantan.

 

 
 
Soalan Lazim (FAQ)

Adakah ADTEC JTM Kampus Kuantan merupakan sebuah institusi pengajian awam?
Ya, ADTEC JTM Kampus Kuantan merupakan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Jabatan Tenaga Manusia.

Terdapat 33 buah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia atau ringkasnya ADTEC JTM iaitu Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Proton Institut (ADTEC Melaka) dan 31 ADTEC JTM.

Apakah Kursus yang ditawarkan ADTEC JTM Kampus Kuantan?
Buat masa ini, terdapat 12 kursus kemahiran yang ditawarkan. (sila klik disini bagi melihat senarai kursus) 

Semua Kursus Sepenuh Masa di Kampus Kuantan mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berpandukan Sistem latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan penambahan kurikulum JTM.

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ADTEC JTM Kampus Kuantan?
Syarat Kemasukan Am bagi Program Diploma & Sijil Kemahiran Malaysia adalah;

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (Kursus Diploma sahaja);
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Bagaimanakah cara untuk memohon ke ADTEC JTM Kampus Kuantan?
Pengambilan ke ADTEC JTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

 

Berapa lama tempoh pengajian di ADTEC JTM Kampus Kuantan?

Jangkamasa berkursus di Kampus Kuantan bagi peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah;
  • Antara 21 bulan hingga 27 bulan termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan),
 Manakala, pelajar yang telah memiliki SKM dan menyambung pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia adalah;
  • 1 tahun 6 bulan (18 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

*Sila rujuk maklumat di Kursus Sepenuh Masa.

Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ADTEC JTM Kampus Kuantan?

Kursus-kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ADTEC JTM Kampus Kuantan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ADTEC JTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ADTEC JTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?
Lepasan pelajar ADTEC JTM Kampus Kuantan boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan mana-mana ADTEC JTM yang menawarkan kursus peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?
Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Lokasi ADTEC JTM Kampus Kuantan @ Google Map

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
ADTEC JTM - Kampus Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
Aduan
   
 
Slide