RUPABENTUK
• Rupabentuk logo berasaskan tulisan yang menonjolkan ciri yang segar, moden dan menarik.
• Huruf “K” diwarnakan hitam adalah simbolik kepada KESUNGGUHAN warga ILP Kuantan dalam memberi kerjasama dan komited.
• 2 stripe di atas membawa maksud jalinan yang baik diantara kakitangan dan pelajar ILP Kuantan yang memberi kepersepakatan menjayakan EKSA.
• INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUANTAN diletakkan dibawah logo utama untuk memberi impak yang lebih kuat terhadap maksud logo.
WARNA
• Warna Hijau melambangkan kedamaian dan kepekaan terhadap alam persekitaran serta amalan “Go Green”.
• Warna Biru melambangkan kesepaduan semua warga ILP Kuantan.
• Ia juga melambangkan warna berprestij yang sentiasa bersemangat dan segar.
• Warna Hitam melambangkan kesungguhan /komited dalam pelbagai segi. Ia juga simbolik kepada kreativiti dalam penghasilan inovasi yang terkini.
• Warne Oren memberi erti kekemasan dan aspek keselamatan diutamakan oleh warga ILP Kuantan.
• Gabungan keempat-empat warna ini Hijau, Biru, Hitam dan Oren adalah simbolik kepada unsur kepekaan, perpaduan, kesungguhan dan kekemasan serta keselamatan.