Coaching & Mentoring : Kursus Pembangunan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 2025

28 Febuari 2025- ILP Kuantan telah mengadakan KURSUS PEMBANGUNAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 2025 selama 3 hari bermula 26 - 28 Februari 2025 yang mana melibatkan wakil pengajar dari semua bengkel.
Kursus ini telah dikendalikan oleh penyedia latihan/pengajar berpengalaman iaitu Puan Hajjah Amira binti Mohd Noor dari ILP Kuala Lumpur.
Sepanjang kursus ini para pengajar telah didedahkan dengan cara penggubalan doalan yang berkesan , meningkatkan objektiviti dan keseimbangan dalam pengujian dan penilaian serta pengurangan kesalahan dalam proses penilaian.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung.