26 Febuari 2025- Satu majlis ringkas telah diadakan di Surau Ar-Raudhah iaitu simbolik penyerahan sumbangan bagi meraikan Syarikat Rakannusa Engineering Sdn Bhd, yang telah menyampaikan sumbangan mashaf Al-Quran, sejadah, telekung dan papan tanda baharu Surau SKJ Ar-Raudah ILP Kuantan.
Syarikat Rakannusa Engineering Sdn Bhd telah diwakili oleh En Imran Danial Ismail selaku General Manager syarikat, En Iqbal Hafeez Mutazar (Assistant General Manager) dan En Muhammad Nazmie Abd Razak (HR Manager). Manakala ILP Kuantan diketuai oleh Ts Was Asmawi Wan Shariff selaku Timb Pengarah Latihan, TS Azrul Timb Pengarah Operasi dan Pengerusi Surau Al-Raudah, En Muhammad Asruf bin Muhammad.
Terima kasih diucapkan dan semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi.