Pra-Audit EKSA dari Team Auditor ILP Pedas

21 OKTOBER 2024: Pihak ILP Kuantan telah menjemput Team Auditor dari ILP Pedas diketuai oleh Encik Hazizul Bin Md Razalli (Timbalan Pengarah Operasi) selaku Koordinator dan Puan Masitah Binti Ismail, Ketua JK Audit untuk melakukan Pra Audit EKSA.
 
Sesi Pra Audit bermula dengan taklimat ringkas mengenai EKSA ILP Kuantan di bilik mesyuarat. Seterusnya, team auditor di bawa ke Zon Pentadbiran, Zon Fasiliti (Perpustakaan, Asrama & Pondok Pengawal), Bahagian Bengkel IT, Bengkel Elektrik dan Bengkel Fabrikasi Logam.
 
Selesai sesi audit, satu pembentangan ringkas mengenai penemuan audit disampaikan oleh Encik Hazizul Bin Md Razalli. Beliau juga sudi berkongsi ilmu dan tips mengenai tindakan yang harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas audit. Sesi Pra Audit diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
 
Semoga warga ILP Kuantan terus komited dan teruja Ke Arah Persijilan EKSA.