25 OKTOBER 2024:
Dua orang pelajar ILP Kuantan, Amin Asyraf bin Abdul Halim dan Muhammad Amir Hakim bin Misnan, Semester 5, Sijil Teknologi Cadd Senibina , kini sedang mengikuti program ASEAN ROK TVET Mobility di BBPVP Medan, Indonesia selama 3 bulan bermula dari 27 Ogos 2024 yang lepas.
Program ini melibatkan pelbagai aktiviti mobiliti pelajar untuk memperluaskan pengalaman dalam bidang vokasional dan latihan industri. Sepanjang tempoh ini, mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti praktikal dan kemahiran di Medan.
Aktiviti yang dijalankan merangkumi latihan teknikal, pertukaran budaya, lawatan industri dan sesi bengkel dengan pakar-pakar tempatan. Program ini bertujuan untuk memperkasa pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman antarabangsa yang boleh digunakan dalam bidang masing-masing.
Program ini dijangka berakhir dalam beberapa minggu lagi, dengan penekanan pada pengukuhan kemahiran teknikal serta pembangunan peribadi. Ini adalah peluang penting bagi mereka untuk mempelajari lebih banyak perkara baru dalam suasana antarabangsa dan kembali dengan ilmu yang lebih mendalam.