Kursus Asas APM Peringkat ILP Kuantan

22 OKTOBER 2024: Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam Peringkat ILP Kuantan Sesi 2/2024 anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuantan telah berlangsung dengan jayanya. Kursus ini telah berlangsung pada 21 & 22 Oktober 2024 melibatkan 2 orang pegawai dan 50 pelajar.
 
Objektif utama program adalah untuk melengkapkan setiap peserta dengan ilmu teori dan amali Asas Pertahanan Awam ke arah kesiap siagaan dalam menghadapi kecemasan dan bencana untuk diri sendiri juga masyarakat. Menerusi program yang dijalankan ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai topik merangkumi pengenalan kepada pertahanan awam, kawad kaki, asas kimia, ikatan dan simpulan, asas pertolongan cemas, penyelamatan di waktu kecemasan, pendarahan & balutan, serta CPR & chocking.Sepanjang program dijalankan para peserta dilatih menghadapi cabaran sebenar dengan menjalani pelbagai aktiviti dan simulasi yang dirancang.
 
Semoga dengan kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasi oleh peserta sekiranya berlaku hal berkaitan kecemasan sebagai tindakan bantuan awal sekaligus melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.
 
Selepas tamat kursus asas ini para peserta layak menjadi anggota sukarelawan APM dan boleh bertugas di mana-mana pejabat atau cawangan APM.