28 JUN 2024 -Â Majlis Apresiasi bagi pelajar-pelajar semester akhir ILP Kuantan Sesi 1/2024 BERLANGSUNG PADA 28 Jun 2024.
Majlis makan malam yang dirasmikan oleh Pengarah ILP Kuantan, Ts Zaid bin Zahari ini dihadiri oleh pihak pengurusan dan para pengajar bengkel yang terlibat.
Program dirangka bagi memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan dan memberi kenangan manis sepanjang mereka bersama ILP Kuantan.
Tahniah dan terima kasih kepada unit BPPL dan Team MPP yang berjaya menganjurkan majlis serba indah dan penuh penghargaan ini. Semoga majlis ini akan memberikan kenangan terindah kepada semua tetamu yang hadir.