Robot Tetsuya ADTEC JTM Kampus Kuantan @ Malaysia Combat Robot Competition
14 Disember 2025
ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menghantar Pasukan Tetsuya (Team Robotik) bagi menyertai Malaysia Combat Robot Competition – Beetleweight Category yang telah berlangsung pada hari ini bertempat di Aeon Big Kluang, Johor. Team Robotik ini diasaskan di bawah Jawatankuasa Robotik ADTEC JTM Kampus KUANTAN yang dipengerusikan sendiri oleh Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff selaku Timbalan Pengarah (Latihan), serta dibimbing oleh Ketua Team Robotik, En. Mohd Sokri bin Safie.
Bagi pertandingan kali ini, seramai 4 ahli kumpulan telah turun ke gelanggang pertarungan di Kluang, Johor iaitu En. Jeoliady bin Serudin (FL) selaku Ketua Pasukan /Jurutera Utama, dibantu 2 ahli teknikal (mekanikal & Elektrikal) En. Zahaba bin Mohd Salim (TPA) dan En. Mohd Azharruddin bin Abdul Aziz (TPM) serta Operator Robot, En. Ahmad Munir bin Ahmad Mujor (TPM).
Pasukan Tetsuya telah menghasilkan sendiri robot tempur seberat 1.32kg bagi menyertai Beetleweight Category yang menyaksikan persaingan sengit dalam ketegori ‘Terbuka’. Pertandingan ini merupakan anjuran Kluang Hokkien Entrepreneurs Association dengan kerjasama Myrobotz Enterprise telah disertai 40 pasukan (kategori terbuka) dari seluruh negara.
Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat akhir, namun robot Tetsuya mampu memberi saingan kepada pasukan lain dan membawa pulang pengalaman berharga bagi persediaan pertarungan akan datang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Nantikan kebangkitan Tetsuya dengan kejuruteraan dan teknologi robotik dipertingkatkan di pertarungan akan datang.