Program Inspirasi Kecemerlangan Teknologi Kimpalan 2025

14/11/2025
 
Program Inspirasi Kecemerlangan Teknologi Kimpalan 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan bermakna. Program ini bertujuan memberikan suntikan semangat, pendedahan industri serta inspirasi kepada para pelajar dalam meneruskan perjalanan mereka dalam bidang Teknologi Kimpalan.
 
Program dimulakan dengan sesi slot motivasi yang telah disampaikan oleh En. Wan Mohd Helmi, Pengajar Pakar dan Ts. Mohd Marzuki, Ketua Bahagian Teknologi Kimpalan. Kedua-dua penceramah berkongsi kepentingan membina kemahiran teknikal dan sahsiah untuk menghadapi cabaran industri sebenar.
 
Antara pengisian utama program ialah sesi Sembang Santai bersama 5 orang alumni ADTEC Kuantan yang kini berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka berkongsi pengalaman realiti dunia pekerjaan bidang kimpalan, cabaran awal kerjaya serta tips berguna untuk para pelajar.
Alumni yang hadir:
1. En. Muhammad Khairi bin Salehudín (2/2017)
2. En. Mohamad Fadzil bin Mohd Lazim (2/2009)
3. En. Muhammad Alif Aiman bin A. Razak (2/2020)
4. En. Mohamad Aizat bin Mohd Ragemen (1/2022)
5. En. Muhammad Fauzi Akif bin Nordin (1/2015)
Kehadiran dan perkongsian mereka benar-benar memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kimpalan yang diceburi.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, alumni jemputan, pengajar serta para pelajar yang menjayakan program ini. Semoga program seperti ini terus menjadi platform terbaik untuk membina motivasi, keyakinan serta halatuju kerjaya pelajar Bahagian Teknologi Kimpalan, ADTEC Kuantan.