Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuantan @ HEIs SUMMIT 2025

6/11/2025
 
Delegasi ADTEC JTM Kampus Kuantan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Sukri bin Musa, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan, telah menghadiri Majlis Pertukaran Surat Niat (Letter of Intent - LOI) sempena Higher Education Institutions - Industry Summit (HEIs) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
 
Majlis ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Program ini turut menyaksikan pelancaran MRI3 Consortiums yang meliputi sektor Automotif, Logistik dan Rel, serta pertukaran MoU dan LOI antara Institusi Pengajian Tinggi dan Industri.
 
Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuantan sebagai rakan pendidikan tinggi bagi MRI3 Rail Consortium mencerminkan komitmen institusi dalam memperkukuh kerjasama industri dan memperkasa bidang teknologi rel negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.