2/11/2025
Majlis Sesi Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama Penggerak Industri Kuantan telah berlangsung dengan penuh meriah di ADTEC JTM Kampus Kuantan pada 2 November 2025.
YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, tidak dapat hadir atas sebab kesihatan yang tidak boleh dielakkan dan beliau telah diwakili oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, yang berbesar hati menyempurnakan perasmian majlis tersebut.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara pihak industri dan institusi TVET di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan tenaga kerja mahir, berilmu dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Abd Halim Bin Ali Mohammed, mewakili Ketua Pengarah (KP) Jabatan Tenaga Manusia, atas kehadiran dan sokongan padu beliau dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada ADTEC JTM Kampus Kuantan atas peranan sebagai tuan rumah dan rakan strategik sepanjang majlis ini berlangsung.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini