Tarikh : 22 & 23 Julai 2025
ADTEC JTM Kampus Kuantan berbesar hati menjadi lokasi penganjuran Program Karnival Pendidikan Kerjaya Murid SUKSES 4.0 peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2025.
Karnival ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid tentang pelbagai peluang kerjaya dan laluan pendidikan selepas sekolah rendah serta memperkenalkan maklumat berkaitan kemasukan ke sekolah khusus dalam mendukung aspek pendidikan kerjaya untuk murid.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang seperti Lawatan Kampus, Pameran Institusi Pengajian Tinggi & Pameran Sekolah Khusus.
Murid sekolah berpeluang melawati bengkel-bengkel kemahiran yang terdapat di ADTEC JTM Kampus Kuantan bagi memberi pendedahan kepada laluan pendidikan khususnya aliran TVET.
Karnival ini telah berjalan dengan lancar dan dapat membantu murid membuat perancangan bijak untuk masa depan yang lebih cemerlang.