Majlis Perasmian Penutup MSK Sesi 2/2025

10 Julai 2025
 
Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Sesi 2/2025 telah berlangsung sebentar tadi dengan kehadiran 168 pelajar baharu di Dewan Kuliah Utama bersama-sama barisan fasilitator serta pegawai dan kakitangan ADTEC JTM Kampus Kuantan.
 
Turut hadir Tn. Hj. Mohd Sukri bin Musa, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan diiringi Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff, Timbalan Pengarah (Latihan) dan Ts. Azrul Norazmi bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Operasi). Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah sebentar tadi merupakan kemuncak kepada program MSK yang telah berlangsung selama seminggu.
 
Program MSK ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar baharu mengenai sistem pembelajaran, hal ehwal pelajar, peraturan dan disiplin bagi memudahkan para pelajar baharu menyesuaikan diri dangan suasana latihan dan pembelajaran di sini.
 
Para pelajar juga diterapkan dengan kemahiran berkomunikasi, berkerja dalam kumpulan dan peningkatan sahsiah diri melalui pelbagai aktiviti, ceramah dan program gotong-royong.
Semoga para pelajar baharu lebih bersedia dengan cabaran sebenar yang akan dilalui sepanjang menjalani latihan kemahiran di ADTEC JTM Kampus Kuantan.
 
Tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai, kakitangan dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan MSK Sesi 2/2025.