10 Julai 2025
Program CSR Wira Kesuma ADTEC JTM Kampus Kuantan bertemakan kelestarian alam sekitar telah berjaya dilaksanakan di Pantai Pelabuhan Baru, Gebeng. Aktiviti gotong-royong pembersihan pantai ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Minggu Suaikenal (MSK) sesi 2/2025 yang bertujuan menyemai semangat kesukarelawanan dan cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar dan pengajar.
Seramai 80 pelajar baharu, 10 fasilitator serta 40 pegawai dan kakitangan telah berganding bahu menjayakan aktiviti ini. Program CSR ini turut mendapat kerjasama erat daripada pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), SWCorp dan Alam Flora yang sama-sama memainkan peranan penting dalam menjayakan misi kebersihan dan pemuliharaan pantai.
Aktiviti yang dilaksanakan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara pelajar dan komuniti setempat, malah membentuk sikap prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.