12 JUN 2025
Majlis Penutup Karnival Sukan 1/2025 & EcoMove ESG: Jom Gerak!! telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini di ILP Kuantan. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran semua pelajar dan kakitangan di perkarangan Lobi Pentadbiran.
Antara pengisian utama ialah pelancaran Brisk Walk 1000 steps oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan, sesi Zumba Beat di Dewan Besar serta perlawanan akhir bola sepak pelajar di padang.
Majlis Penutup rasmi diadakan pada jam 11.00 pagi di Dewan Besar sebelum program bersurai pada jam 1.00 petang.
Tahniah kepada Bengkel Elektrik yang telah menjadi juara keseluruhan bagi Karnival Sukan bagi edisi 1/2025. Program ini mendapat penglibatan penuh daripada semua pelajar dan kakitangan, serta menekankan elemen gaya hidup sihat dan kelestarian.