KARNIVAL MINGGU LATIHAN KEBANGSAAN (NTW) TVET 2025

11/06/2025
ADTEC JTM Kampus Kuantan hari ini telah mengadakan Program Karnival Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) TVET 2025 dengan anjuran bersama HRD Corp Pahang. Program telah dirangka sempena sambutan Hari TVET Negara 2025 pada hari ini 11 Jun 2025 dan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang berlangsung dari 14 hingga 21 Jun 2025.
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah diadakan sepanjang karnival ini antaranya:
  • Seminar Kerjaya TVET
  • Pameran Institusi Latihan TVET
  • Pameran Inovasi & Teknologi
  • Pendaftaran KJP Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga
  • Gerai Jualan
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan, Tn. Haji Mohd Sukri bin Musa. Turut hadir memeriahkan majlis, Ketua HRD Corp Pahang, Puan Nurzatul Norzian binti Zamri.
 
Karnival ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peluang kerjaya dalam bidang kemahiran, malah turut membuka ruang jaringan antara penyedia latihan, industri dan komuniti setempat.
 
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. TVET Pilihan Kerjaya Masa Depan.