Lafaz Ikrar Belia Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025

 
15 Mei 2025 - Sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) yang diraikan setiap 15 Mei, ADTEC JTM Kampus Kuantan telah melaksanakan bacaan Ikrar Belia Malaysia dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama kampus pagi tadi.
 
Majlis ini diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Danish Zulhilmi, tepat jam 10.00 pagi bersama 351 orang pelajar lagi. Pelaksanaan ikrar ini merupakan simbolik penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara. Program ini juga selari dengan aspirasi membentuk belia yang berintegriti, patriotik dan bersedia menyumbang kepada kemajuan Malaysia MADANI.
 
Dengan seruan semangat “Malaysia MADANI”, “Berkhidmat Untuk Negara” dan “Pekerja Kesuma Bangsa”, acara ini berjaya menyuntik nilai jati diri dan semangat kenegaraan dalam kalangan warga ADTEC Kuantan.