Lawatan Penilaian Panel JPK bagi PB PPA-PPT

10 APRIL 2025 - ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN telah menerima lawatan penilaian dari panel Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi permohonan sebagai Pusat Bertauliah - Pusat Penilaian Amali secara PPT (PB PPA-PPT) bagi program berikut:
 
a) Operasi Pemesinan
b) Operasi Pemesinan CNC
c) Pentadbiran Teknikal Senibina
d) Lukisan Pelan Senibina
e) Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri
f) Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
g) Elektrik Tiga Fasa
h) Operasi Komputer Sistem
i) Proses Kimpalan
j) Pengurusan Fabrikasi Struktur (Minyak,Gas dan Petrokimia)
k) Operasi Penyelenggaraan Industri
 
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hasliza binti Hassan dan Puan Noriyah binti Zakaria selaku panel penilai dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pusat Penilaian amali merupakan pusat yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi Pengikhtirafan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) secara Penilaian Amali atau praktikal tanpa perlu menyediakan bukti pengalaman.