28 SEPTEMBER 2024: Program Hari Cuci Malaysia 2024 Peringkat KESUMA telah berlangsung serentak pada 28 September yang melibatkan seluruh agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia seluruh Negara.
ILP Kuantan juga tidak terkecuali dalam menjayakan program ini. Selain memberi kesedaran kepada warga ILP Kuantan mengenai kebersihan persekitaran, program ini juga bagi mencipta rekod dalam The Malaysia Book Of Record.
Para pengajar dan pelajar diberi kumpulan dalam pembersihan seluruh pelusok ILP Kuantan yang merangkumi asrama, surau dan persekitaran.
Seluruh warga kerja dan semua pelajar telah menunjukkan komitmen yang yang cukup tinggi dalam menjayakan program ini. Tahniah diucapkan kepada semua .