MESY. JK PENGURUSAN LATIHAN KEMAHIRAN JTM PERINGKAT WILAYAH TIMUR

15/08/2024: Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Latihan Kemahiran Jabatan Tenaga Manusia Peringkat Wilayah Timur Bil 1 tahun 2024 di ILP Kuantan. Mesyuarat peringkat Wilayah Timur yang telah dipengerusikan oleh Ts. Zamzuri bin Hassan, Pengarah ADTEC Kemaman merangkap Pengerusi Wilayah Timur bermula seawal jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat ILP Kuantan.
Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2024 itu telah dihadiri oleh Ts. Zaid bin Zahari selaku Pengarah ILP Kuantan, Ts. Zahari bin Jusoh selaku Pengarah ILP Marang, En. Mohd Ridzuan bin Wan Abdullah Zawawi (Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Jerantut), Ts. Salmi bin Mat Salleh (Timbalan Pengarah Latihan ILP Kuala Terengganu), Encik Anwar bin Jusoh (Timbalan Pengarah Operasi ILP Kota Bharu) dan Ts. Wan Shaiful Hasrizam bin Wan Muda (Timbalan Pengarah Operasi ADTEC Kemaman), selaku Setiausaha mesyuarat. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Puan Maria Fahida binti Zainal Fuaddi (Timbalan Pengarah Latihan ILP Marang), Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff (Timbalan Pengarah Latihan) dan Ts. Suriani binti Rozahan (Timbalan Pengarah Operasi) ILP Kuantan.
Mesyuarat telah membincangkan pelbagai isu penting berkaitan Kursus Sepenuh Masa, Kursus Jangka Pendek, Kerjasama Strategik dan Kebolehkerjaan Pelajar bagi ILJTM Wilayah Timur. Di samping itu juga ahli mesyuarat turut membuat perkongsian perihal aktiviti mempromosi ILJTM di peringkat Wilayah Timur dengan lebih giat lagi dalam meningkatkan enrolmen pelajar kursus sepenuh masa dan juga peserta program kursus jangka pendek. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.