26 JULAI 2024 - Majlis Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baru ILP Kuantan sesi 2/2024 telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah ILP Kuantan Ts. Zaid Bin Zahari.
Majlis dimulai dengan bacaan doa dan bacaan ikrar dari para pelajar, seterusnya gimik pemakaian jaket rasmi ILP Kuantan disarung oleh Tuan Pengarah kepada wakil pelajar.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan diakhiri dengan persembahan mantap oleh para pelajar baru.
Ucapan Tahniah yang tidak terhingga juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat sepanjang menjayakan MSK dan juga tidak lupa kepada fasilitator yang telah banyak membantu sepanjang MSK dijalankan.
Tahniah sekali lagi, warga ILP Kuantan ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru.