28 JUN 2024 - ILP Kuantan telah menganjurkan ‘PROGRAM KESEDARAN KEHIJAUAN ALAM SEKITAR’ yang melibatkan pelajar dan kakitangan dalam usaha kecil menghijaukan bumi kita. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem negara kita.
Program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada para pelajar dan kakitangan yang secara tidak langsung telah menerapkan salah satu unsur Environmental,Social and Governance(ESG) yang membudayakan alam sekitar.
Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.